AirAsia tawar diskaun hingga 45 peratus

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan diskaun hingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Beli Lebih, Jimat Lebih’.

Loading...

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, diskaun 45 peratus itu untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendirian (15 peratus).

“Promosi ini memberi peluang kepada semua orang, sama ada yang suka melancong bersendirian, dengan keluarga atau rakan, kami akan membawa anda ke destinasi pada kos yang berkurangan,” kata Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh.

Loading...

Promosi berkenaan sah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast Australia, Beijing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi, dan penerbangan AirAsia yang lain.

Tawaran itu juga termasuk ke destinasi baharu syarikat penerbangan seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi-Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula 9 Ogos 2017.

Promosi berkenaan yang boleh didapati di laman web AirAsia dan mobile app, bermula esok hingga 6 Ogos 2017 bagi perjalanan antara 26 Februari dan 28 Ogos 2018.

– BERNAMA

Loading...