Berbunuhan Kerana Tanah Pusaka

LELAKI maut selepas kepalanya dihentak oleh adik menggunakan alat pemadam api di Kampung Sama Gagah, Bukit Mertajam,

Loading...

Dalam kejadian itu, berlaku pertengkaran di antara mangsa, 59, dan suspek, 48, berkaitan isu tanah pusaka sebelum suspek mengambil alat pemadam api dan menghentak kepala mangsa.

Loading...

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya yang tiba sejurus dimaklumkan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah.

Beliau berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, suspek kemudian ditahan anggota polis di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi tindakan selanjutnya.

Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

Loading...