‘Buah hati ibu tiada lagi’

Hancur luluh hati ibu melihat tubuh anak sulungnya yang maut dalam kemalangan van kilang dan kereta di KM68 Jalan Alor Setar-Butterworth, dekat Kampung Padang Buluh, Tikam Batu, hari ini.

Loading...

Sejurus tiba di tempat kejadian, Rohani Ahmad, 49, dilihat terus membuka penutup plastik dan mengusap kepala arwah anaknya, Nur Izaty Syazwani Zamri, 20, beberapa kali.

Sambil menahan sebak, dia kemudiannya dilihat mengagahkan diri mengucup dahi anaknya itu.

Loading...

Nahas berlaku ketika mangsa yang menaiki van kilang bersama 13 rakan dan pemandu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang, pada 5.55 pagi.

Turut terkorban pemandu Myvi, Mohamad Fakharuzzi Samsudin, 30, manakala 12 penumpang van dan kereta agak parah.

Rohani Ahmad, 49, anaknya yang baru dua minggu bekerja di kilang Sony sempat menjamah tiga bebola ikan sebelum pergi bekerja bersama rakannya, Nur Aliayah Isa, 20, dari rumah mereka di Flet Sri Jejaris,Tikam Batu, kira-kira 5 pagi.

“Namun, pada 6.30 pagi, saya diberitahu jiran yang van kilang dinaiki Nur Izaty bersama pekerja lain kemalangan tidak jauh dari rumah. Saya pun ke tempat kejadian.

“Namun sebaik tiba saya hanya lihat mayatnya sahaja. Sebelum keluar rumah, Nur Izaty beritahu yang dia lapar kerana tidak makan, tertidur disebabkan terlalu letih selepas balik kerja, malam tadi,” katanya.

Menurutnya, Nur Izaty dan Nur Aliyah juga baru menerima gaji pendahuluan namun tidak sempat membelanjakannya.

“Sejak bekerja di kilang terbabit arwah begitu seronok kerana dapat membantu saya. Namun, saya tidak menyangka perginya awal pagi tidak kembali lagi.

“Selepas suami meninggal dunia emat tahun lalu, arwahlah yang membantu saya. Biarpun sedih dengan kejadian itu saya reda ketentuan Ilahi,” katanya.

SUAMI TAK SAMPAI-SAMPAI

Sementara itu, Siti Nurhafiza Abdul Salim, 32, iaitu isteri pemandu Myvi, Mohamad Fakharuzzi, berkata suaminya yang juga pemandu lori kontena di Butterworth keluar dari rumah mereka di Taman Ria Jaya, kira-kira 1 pagi.

“Saya terima mesej dia dan rakan dalam perjalanan nak balik rumah, pada 3.58 pagi. Tapi, saya hairan tak sampai sehinggakan kira-kira 7 pagi.

“Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan telefon dari rakan yang membeitahu arwah terbabit dalam kemalangan dekat Tikam Batu,” katanya yang sebak dan enggan, lanjut kerana terlalu sedih.

 

Sementara itu, penumpang van, Nurul Azani Ahmad, 23, yang cedera di kaki dan kepala berkata, dia melihat kereta dipandu laju dari arah bertentangan sebelum memasuki laluan van.

“Saya terkejut dan terus menjerit kepada pemandu sebelum kereta itu merempuh depan van hingga berpusing beberapa kali dan terbalik.

“Akibat kejadian itu saya terhumban ke belakang dan beberapa rakan turut terpelanting keluar daripada van sebelum orang ramai datang membantu kami keluar dari van.

“Ketika itu saya melihat ramai rakan bergelimpangan di atas jalan sambil mengerang kesakitan, saya lihat Nur Izaty Syazwani terbaring di tepi van namun sudah tidak bergerak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia dan 12 rakan lain menaiki van itu di stesen pam petrol Taman Nilam Sari pada 5.45 pagi.

Katanya, mereka kemudian bergerak menuju ke arah Tikam Batu untuk ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian Prai.

Senarai mangsa kemalangan di Tikam Batu, Sungai Petani.

1. Rizal Zul Izzaham Mohd Ridzuan, 31, (pemandu van – parah)

2. Nur Aliayah Isa,20, (parah)

3. Suriantih Lapanca,24, (parah)

4. Rosita Abdullah

5. Nurul Hanis Desa

6.Nur Asmah Hamid

7.Siti Nur Faizah Fidzon

8. Fatimatul Ainsyah Che Ya

9. Nurul Izani Ahmad,23,

10. Nur Azira Md Nasir,21

11. Nur Izaty Syafinaz Zamri,20 (maut)

12.Mimi Syazwani Ahmad Fuzi,19.

13.Nur Fatin Sharip,20.

14. Nur Sarah Abdullah,20.

15. Mohamad Fakhurazzi Samsudin, 30, pemand Myvi (maut)

Sumber: Harian Metro

Loading...