Cikgu Ini Mandikan Seorang Murid Lelaki Di Depan Pelajar Perempuan!!! Kenapa??

Perkongsian dari laman Facebook Cikgu Mohd Fadhli

Loading...

Mandi wajib merentasi Kurikulum
===========
Sebab perlu mandi wajib

Loading...

1. Keluarnya mani
2. Keluarnya haid

Ada beberapa lagi faktor yang perlu mandi wajib. Tetapi untuk sekolah rendah cukup dua ini.

Huraiannya pulak perlu mendalam. Perkataan zakar, genitel perlu di ucapkan agar murid faham. Visual dan auditori mesti selari. Kinestatik pula utk menguatkan visual dan auditori sekali.

Bagaimana keluar mani ? Bagaimana darah haid keluar ? Perlu di ceritakan secara aras kefahaman mereka.

Bagaimana nak basuh kemaluan perempuan setelah haid kering perlu di beri tunjuk cara.

Mereka perlu cangkung dan masukkan putik kapas sedikit bagi membersihkan lubang faraj mereka.

Satu persatu perlu di ceritakan.

Untuk lelaki mengapa mani keluar, apa sebabnya dan bagaimana bersihkan genitelnya perlu di jelas dan tunjukkan cara.

Akhir sekali perlu buat penegasan ini adalah tempat di larang sentuh oleh orang lain.

Inilah pendidikan seks atau PEERS. Dalam pendidikan Islam, ianya merentasi kurikulum.

Saya adalah seorang guru yang bertanggungjawab dalam mengajarkan ilmu fardhu ain agar anak anak ini tahu akan tanggungjawabnya pada masa akan datang.

Di rumah jarang sekali ibu ayah mengajar cara mandi wajib ini apatah lagi nak ajar mandi jenazah ? Maka tangungjawab itu digalas oleh guru seperti saya.

Sepanjang isu ini mendapat tempat, ada yang tidak dpt membezakan antara mandi wajib dan mandi junub. Ini amat menduka citakan. Dan inilah aras pemikiran rakyat malaysia

Maka ilmu sebegini wajar diterangkan pada anak anak di peringkat awal lagi.

P/S: Memang terbaik cara pembelajaran yang di lakukan oleh Cikgu Fadhli ini. Bukan sekadar teori!! Siap Ada Praktikal! Mudah di fahami oleh anak murid… Tahniah!!

Artikel ini mendapat maklum balas positif dari Cikgu Fadhli. Harap Maklum

Kepada sesiapa yang berminat, Boleh hubungi Cikgu Mohd Fadhli untuk menganjurkan program berbentuk kesedaran dan motivasi belajar

Mohd Fadhli bin othman
No HP: 0137001920
Jurulatih Teknik Belajar BEST BELAJAR
Aktivis Pertubuhan Ikram Malaysia
Aktivis Mothers Againsts Pornography
Speaker Modul Goodbye Pornography

 

Loading...