Culik, bunuh dan masak

Abuja, Nigeria: Seorang lelaki ditangkap polis selepas menghidangkan tetamu yang datang ke rumahnya dengan sup yang mengandungi hati dan usus manusia.

Loading...

Roland Peter, 47, ditahan kerana menghidangkan makanan itu yang dimasak di rumahnya selepas dia dan beberapa rakannya membunuh seorang lelaki.

Jurucakap polis, Zaki Ahmed berkata, Peter dan beberapa rakan jenayahnya menculik seorang paderi, Samuel Okpara dari Edoha dekat sini.

Loading...

“Mangsa kemudian dibawa ke satu lokasi sebelum dibunuh dan mayatnya dilapah.

Roland Peter

“Dia kemudian mengambil hati dan usus mangsa untuk dimasak di rumahnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu ditangkap ketika menghidangkan makanan kepada rakan jenayah dan tetamu yang datang ke rumahnya.

Menurutnya, kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis menyiasat kes kehilangan Okpara.

Polis juga menahan beberapa rakan Peter kerana disyaki terbabit menculik sebelum membunuh mangsa.

“Suspek memberi kerjasama ketika disoal siasat dan kami masih menyiasat berapa ramai yang menjadi mangsa mereka,” jelasnya.

Kejadian itu adalah kes kanibal menggerunkan yang menggemparkan Afrika dalam tempoh seminggu.

Pada minggu lalu, lima lelaki ditangkap kerana disyaki merogol dan membunuh seorang wanita sebelum mayat mangsa dimakan di Estcourt, Afrika Selatan.

Kes itu terbongkar selepas seorang suspek menyerah diri kepada polis dan membawa beberapa organ manusia sebagai bukti.

Sumber: Harian Metro

Loading...