Derita leher bengkok

Islamabad: Seorang budak perempuan dipinggir penduduk kampung dianggap membawa sial selepas mengalami satu penyakit ganjil yang menyebabkan lehernya bengkok.

Loading...

Keadaan itu juga menyebabkan Afsheen Qumbar, 9, yang berasal dari sebuah kampung di Mithi di wilayah Singh tidak boleh berdiri dan berjalan dengan betul.

Loading...

Bapanya, Allah Jurio, 55, dan ibunya, Jameelan, 50, berkata, mereka bertemu beberapa doktor tetapi rawatan untuk penyakit itu tiada di Mithi.

“Saya sangat sedih melihat anak saya menderita. Saya membawanya berjumpa doktor tetapi mereka tidak tahu apa yang menyebabkan leher anak saya bengkok.

“Doktor menyarankan kami ke sebuah hospital di Karachi tetapi kami tiada wang dan sumber untuk pergi ke sana,” kata Jameelan.

Menurutnya, Afsheen dilahirkan normal seperti enam adik beradiknya tetapi kehidupannya berubah ketika dia berusia lapan bulan.

“Ketika berusia lapan bulan, Afsheen terjatuh ketika bermain di luar rumah dan telah menyebabkan lehernya cedera.

“Kami tiada wang untuk membawanya ke hospital dan hanya mendapatkan rawatan daripada bomoh, namun keadaannya semakin buruk.

“Apabila Afsheen membesar masalahnya menjadi lebih serius. Dia langsung tidak boleh tegakkan kepala dan sering sakit leher,” jelasnya. Kesiannya

Keadaan itu menyebabkan Afsheen tidak ke sekolah dan penduduk kampung juga enggan mendekatinya kerana menganggapnya membawa sial.

“Ia sangat menyakitkan apabila orang kampung sering menghina dan mentertawakan anak kami.

“Kami mahu Afsheen belajar tetapi tiada siapa yang mahu menerimanya di sekolah,” katanya

Sumber: Harian Metro

Loading...