DOAKAN ARIEL CEPAT SEMBUH 😢


KANAK-kanak yang koma selepas terjatuh dari gelongsor angin di Persiaran Sungai Gelugor di Georgetown, pada 23 April lalu, mungkin mengalami masalah untuk berjalan kerana saraf otaknya ada yang sudah rosak.

Loading...

Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq, 5, masih belum pulih sepenuhnya biarpun sudah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 4 Mei lalu.

Loading...

Dia juga terpaksa menggunakan tiub melalui hidung untuk minum setiap hari dan hanya mampu membuka mata kanan saja.

Ibunya, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, kaki dan tangan Ariel masih mengalami kekejangan serta memerlukan rawatan fisioterapi setiap hari.

“Selepas dua pembedahan akibat kecederaan parah di kepala minggu lalu, sedikit sebanyak dia mula menunjukkan perubahan positif dan kini sudah mampu bernafas tanpa menggunakan alat bantuan oksigen.

“Bagaimanapun doktor memberitahu Ariel mungkin akan mengalami masalah berjalan dengan baik kerana bahagian saraf otaknya ada sudah rosak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 23 April lalu, Ariel koma selepas terjatuh ketika bermain gelongsor angin yang disewa bagi meraikan sambutan hari jadi datuknya di kediaman mereka di Persiaran Sungai Gelugor.

Kejadian 3 petang itu menyebabkan mangsa retak tempurung kepala serta mengalami pendarahan dalaman sehingga terpaksa menjalani dua pembedahan bagi membuang darah beku.

Sumber: Harian Metro

Loading...