[ Foto ] Kesan Kemusnahan Yang Di Lakukan Oleh Irma Di Kepulauan Caribbean

Lapan maut di Saint Martin akibat Taufan Irma yang melanda Carribbean sejak semalam, manakala Barbado hampir musnah sepenuhnya selepas dibadai taufan Atlantik terkuat abad ini yang kini menuju Florida.

Kematian itu menjadikan jumlah korban sejak taufan itu membadai mulai hujung minggu lalu, kini 10 orang.

Perdana Menteri Gaston Browne berkata Antigua dan Barbuda paling terjejas teruk dengan Barbuda yang mempunyai 1,800 penduduk ‘musnah sepenuhnya’ apabila 90 peratus kediaman rosak serta seorang maut.

Seorang peluncur ombak maut di Barbados manakala kerajaan Perancis berkata, sekurang-kurangnya dua mati di Saint Martin serta Saint Barthelemy, wilayahnya di Caribbean.

Irma dengan angin selaju 300 kilometer sejam dijangka membadai Florida pada Sabtu atau Ahad ini, menjadikannya taufan besar kedua melanda tanah Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa minggu.

Walaupun tahap Irma boleh berubah-ubah dan ketepatan arah tidak menentu, kekuatannya dijangka kekal sekurang-kurangnya Kategori Empat sebelum tiba di Florida.

Sebelum ini, Taufan Harvey yang menyebabkan 60 maut dengan kerosakan harta benda dianggar AS$180 bilion (RM760 bilion) membadai Texas dan Louisiana membawa hujan lebat serta banjir teruk.

Gabenor Florida mengarahkan kawasan pantai dan Florida Keys yang menjadi tumpuan pelancong dikosongkan sepenuhnya.

Sumber: Harian Metro