[ Gambar ] Ya Allah!! Nahas bas kilang ragut 8 nyawa

JURU: Sekurang-kurangnya lapan pekerja kilang maut selepas dua bas dan sebuah van membawa kira-kira 30 penumpang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Tol Juru di sini, pagi tadi.

Loading...

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Maktar, berkata kemalangan di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas satu daripada kenderaan gagal dikawal dalam kejadian jam 6.02 pagi tadi.

Loading...

“Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ)

“Operasi mengeluarkan baki mangsa masih dijalankan.

“Seramai 32 anggota dan beberapa jentera JBPM negeri bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu kerja mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Difahamkan, dua mangsa lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HSJ.

Sumber: BH ONLINE

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

EMPAT daripada lapan pekerja kilang yang maut dalam kemalangan KM147 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Tol Juru, Bukit Mertajam, terbunuh di lokasi nahas, pada kira-kira 6 pagi.

Sekurang-kurangnya tiga puluh pekerja cedera dalam kemalangan dua bas kilang yang dikatakan berlaku pada kira-kira 6 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata mereka menerima panggilan pada 6.02 pagi.

“Apabila tiba, kami mendapati kemalangan membabitkan dua bas kilang dan satu van membawa pekerja.

“Ketika itu, terdapat hampir 30 mangsa mengalami kecederaan. Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia dan cedera dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Loading...