KEMBARA MAHKOTA JOHOR NADI KEAKRABAN BANGSA JOHOR

Pengembaraan rombongan DiRaja Johor iaitu Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang menjadi nadi keakraban institusi DiRaja dan rakyat akan bermula pada 9 September.

Loading...

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan mengetuai konvoi sejauh 808 kilometer, merentasi kesemua 10 daerah selama empat hari dengan pengisian pelbagai aktiviti bersama rakyat.

Loading...

Pelancaran edisi ke-20 KMJ yang dicetuskan Tuanku Sultan sejak 2001 akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru pada jam 8.15 pagi.

Sepanjang program berlangsung, Baginda akan diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Keluarga DiRaja Johor.

Buat julung kalinya, Tuanku Sultan Ibrahim akan memandu kereta klasik beroda tiga Morgan buatan Britain.

JOHOR BAHRU 04 SEPTEMBER 2017 ( NST ) Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan orang ramai yang ingin melihat kenderaan Morgan roda tiga yang dipandu sendiri semasa Kembara Mahkota Johor 2017 agar tidak terlalu hampir dengan kenderan tersebut kerana enjin dan ekzos kenderaan tersebut terlalu panas. NSTP/ROYAL PRESS OFFICE

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang penjelajahan yang turut disertai Menteri Besar, Dato Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco Kerajaan Negeri, pemimpin kerajaan dan pegawai kanan Kerajaan Johor.

KMJ 2017 akan bermula di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan seterusnya merentasi Kota Tinggi dan Mersing pada hari pertama sejauh 195km.

Diikuti Mersing dan Kluang iaitu sejauh 157km pada hari kedua, seterusnya ke Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar sejauh 209km pada hari ketiga.

 

KMJ 2017 akan menutup tirai pada 12 September dengan jarak perjalanan sejauh 247 kilometer di Hutan Bandar, Bandar Putra Kulai.

Sumber: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Loading...