Kes Dadah: Pelakon, pengacara dituduh minggu ini

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara lelaki serta dua lagi yang ditahan kerana positif ganja serta memiliki ganja mampat seberat 5.97 gram, di Jalan Bukit Setiawangsa di sini, Jumaat lalu dijangka dituduh minggu ini..

Loading...

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata pihaknya di peringkat akhir melengkapkan kertas siasatan, sebelum menghantarnya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut…

“Kita jangka akan mendapat arahan pertuduhan dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini.

Loading...

“Buat masa ini, semua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik saja siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Mohamad Roy berkata, hasil ujian saringan air kencing pelakon itu dan dua lagi yang ditahan positif ganja.

Jumaat lalu, pelakon berusia 25 tahun itu serta adik lelakinya berusia 21 tahun serta seorang lagi rakan berusia 25 tahun ditahan di stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, kira-kira jam 1.30 pagi.

Anggota polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas kereta Honda Jazz dinaiki mereka menjumpai satu tin aluminium di bawah kerusi pemandu berisi satu paket plastik lut sinar mengandungi ketulan disyaki ganja mampat seberat 5.97 gram.

Polis turut menemui satu botol plastik yang diubah suai dipercayai peralatan untuk menghisap dadah berkenaan.

Sumber: BH ONLINE

Semakan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka tiada rekod jenayah lampau.

Direman kerana memiliki dadah, Nadzmi Adhwa akui terperangkap

Dalam laporan terdahulu, Pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa mengakui tidak bersalah atas dakwaan memiliki dadah jenis ganja yang ditemui oleh pihak berkuasa dalam keretanya pada Jumaat lalu.

Adhwa, 25, berkata, dadah tersebut milik rakan baiknya dan dia berada dalam situasi yang salah ketika penahanan tersebut dilakukan.

“Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya…

“Bagaimanapun, saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan,” kata Adhwa menerusi syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd. ketika dihubungi di sini sebentar.

Pelakon drama Hati Perempuan itu turut berkata, peristiwa penahanan tersebut memberi pengajaran yang sangat besar kepada dirinya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama…

“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh.

“Bagaimanapun, peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya lagi.

Ye ke tu!

Sumber: BH ONLINE

Loading...