Lans Koperal ditembak, ditetak mati Di dalam Balai Polis

Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembak dan tetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, hari ini.

Loading...

Mangsa, Lans Koperal Valentino Masa yang bertugas di kaunter pertanyaan ditemui mati jam 3.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkara, Unit Forensik Polis turut menemui kesan tetakan pada badan mangsa.

Loading...

Katanya, satu sidang media berhubung kejadian itu akan diadakan di lokasi kejadian oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pagi ini.

Lans Koperal Valentino maut di muncung pistol sendiri

ANGGOTA polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan dan tetakan di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, awal pagi, tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dan kerja.

Lans Koperal Valentino Masa berasal dari Sarawak dan bertugas di kaunter pertanyaan ditemui maut pada 3.30 pagi ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah tujuh tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak mempunyai masalah dengan individu lain.

Beliau berkata, kejadian itu disedari anggota Unit Peronda (MPV) pada 3.25 pagi, ketika mereka pulang ke balai selepas selesai melakukan tugas rondaan.

“Anggota MPV itu mendapati keadaan balai gelap sebelum membuka lampu dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap.

“Mangsa maut di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan dan beberapa tetakan di belakang kepala,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pinggiran USJ, hari ini.

Mazlan berkata, terdapat saksi yang terdengar bunyi letupan pada kira-kira jam 2.40 pagi namun menyangka ia bunyi mercun sambutan ambang kemerdekaan.

“Maklumat saksi awam itu mengatakan terdengar bunyi letupan namun tidak memaklumkan kepada polis kerana menganggap ia bunyi mercun.

“Kawasan balai polis tidak mempunyai kamera litar tertutup (cctv) namun polis kini sedang berusaha untuk mengesan cctv di kawasan sekitar balai,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya percaya mangsa ditembak menggunakan pistol milik anggota itu sebelum senjata api itu dilarikan penjenyah.

“Siasatan juga mendapati kemungkinan besar mangsa ditembak menggunakan pistol miliknya.

“Siasatan berhubung kejadian terus dijalankan bagi menjejaki suspek,” katanya.

Sumber: Harian Metro

TERKINI: Polis ditembak di badan, tetak di kepala

SUBANG: Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ di sini, awal pagi tadi, dipercayai ditembak dari jarak dekat di badannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata mangsa turut mempunyai kesan tetakan di belakang kepalanya.

Katanya, kejadian disedari anggota Unit Peronda (MPV) yang pulang semula ke balai berkenaan selepas menjalankan rondaan.

“Kira-kira jam 3.25 pagi tadi, anggota MPV yang tiba di Balai Polis Pinggiran USJ untuk kembali ke balai mendapati keadaan di balai gelap.

“Apabila anggota terbabit ke Bahagian Pertanyaan di dalam balai, beliau ternampak anggota bertugas dalam keadaan tertiarap dan sebaik lampu dinyalakan, kepala mangsa dilihat berdarah dan luka.

“Pada masa sama, ada kesan tembakan di bahagian tengah belakang badan mangsa,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, pagi ini.

Menurut siasatan awal, Mazlan berkata, ada saksi berada di kawasan berdekatan mendakwa terdengar bunyi letupan kira-kira jam 2.40 pagi tadi, namun menyangka ia adalah bunyi mercun berikutan sambutan Hari Kebangsaan hari ini.

Berikutan itu, katanya, kejadian tidak dilaporkan lebih awal.

Mazlan berkata, pistol mangsa didapati hilang dan dipercayai dilarikan penjenayah.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota terbabit ditembak dari jarak dekat dengan senjata api sendiri.

Mazlan berkata, kejadian berlaku selepas lawatan pegawai ke balai berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 29 tahun dan berasal dari Sarawak, sudah berkhidmat selama tujuh tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, anggota terbabit sudah beristeri dan tidak mempunyai anak.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati tidak ada unsur lain dan kejadian itu menjurus kepada tindakan mencederakan anggota polis yang sedang bertugas.

Katanya, anggota itu tidak mempunyai masalah peribadi atau keluarga, selain tidak menolak kemungkinan kejadian dilakukan lebih daripada seorang penjenayah.

“Penjenayah itu sedang diburu. Kita mencari pemilik premis berdekatan sekiranya mereka ada memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat rakaman yang boleh membantu siasatan.

“Kami juga menyeru kepada masyarakat setempat untuk menyalurkan sebarang maklumat sekiranya ada bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: BH ONLINE

Loading...