LANS KOPERAL DITEMBAK, DITETAK MATI DI DALAM BALAI POLIS

Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembak dan tetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, hari ini.

Loading...

Mangsa, Lans Koperal Valentino Masa yang bertugas di kaunter pertanyaan ditemui mati jam 3.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkara, Unit Forensik Polis turut menemui kesan tetakan pada badan mangsa.

Loading...

Katanya, satu sidang media berhubung kejadian itu akan diadakan di lokasi kejadian oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pagi ini.

Lans Koperal Valentino maut di muncung pistol sendiri

ANGGOTA polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan dan tetakan di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, awal pagi, tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dan kerja.

Lans Koperal Valentino Masa berasal dari Sarawak dan bertugas di kaunter pertanyaan ditemui maut pada 3.30 pagi ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah tujuh tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak mempunyai masalah dengan individu lain.

Beliau berkata, kejadian itu disedari anggota Unit Peronda (MPV) pada 3.25 pagi, ketika mereka pulang ke balai selepas selesai melakukan tugas rondaan.

“Anggota MPV itu mendapati keadaan balai gelap sebelum membuka lampu dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap.

“Mangsa maut di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan dan beberapa tetakan di belakang kepala,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pinggiran USJ, hari ini.

Mazlan berkata, terdapat saksi yang terdengar bunyi letupan pada kira-kira jam 2.40 pagi namun menyangka ia bunyi mercun sambutan ambang kemerdekaan.

“Maklumat saksi awam itu mengatakan terdengar bunyi letupan namun tidak memaklumkan kepada polis kerana menganggap ia bunyi mercun.

“Kawasan balai polis tidak mempunyai kamera litar tertutup (cctv) namun polis kini sedang berusaha untuk mengesan cctv di kawasan sekitar balai,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya percaya mangsa ditembak menggunakan pistol milik anggota itu sebelum senjata api itu dilarikan penjenyah.

“Siasatan juga mendapati kemungkinan besar mangsa ditembak menggunakan pistol miliknya.

“Siasatan berhubung kejadian terus dijalankan bagi menjejaki suspek,” katanya.

Sumber: Harian Metro/BH ONLINE

Loading...