Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super Kaya

Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super Kaya

Kalau Sebut Nama Vincent Tan, Mesti Ramai Kenal

Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super Kaya

Percayakah anda seorang yang bekerja sebagai kerani ketika berusia 17 tahun, akhirnya berjaya menjadi seorang bilionair? Jika tidak, marilah luangkan sedikit masa untuk membaca kisah Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, pemilik kepada syarikat terkemuka negara iaitu Bejaya Group pada mulanya seorang kerani di sebuah bank. Anak kepada seorang pemandu lori ini menamatkan pengajian hanya di tingkatan lima. Sewaktu bekerja di bank tersebut, Tan Sri Vincent turut kerja part time menjadi ejen insurans.

Berkat usahanya, dalam masa empat tahun sahaja, beliau telah berjaya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jualan Kanan. Hebat bukan?

Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super Kaya

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa jenama makanan segera terkenal iaitu McDonald’s ke negara ini.

Ada kisah menarik disebalik pembukaan restoran ini. Ketika itu, Tan Sri Vincent masih lagi bekerja dalam bidang insurans. Pada suatu hari, ketika menemani seorang pelanggannya ke klinik, beliau membaca majalah Times yang kebetulan diletakkan diruangan menunggu. Semasa membelek majalah tersebut, dia tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk “The Burger That Conquered The World”.

Sejak daripada itu, dia memasang impian untuk menjadi pengedar pertama rangkaian restoran itu di Malaysia. Anda tahu apa yang beliau buat? Beliau telah menghantar surat setiap minggu kepada ibu pejabat McDonald’s bagi memastikan hasratnya tercapai!

Kekerapannya menulis surat itu telah membuatkan pihak McDonald’s menasihatinya agar berhenti menulis kerana lambakan surat yang terlalu banyak. Jadi, apa tindakan Vincent Tan?….Beliau tetap menghantar surat kepada mereka tanpa jemu! Cuma kali ini kiriman surat dijarakkan kepada sebulan sekali sahaja.

Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super Kaya

Minat yang ditunjukkan oleh figura ini telah membuatkan pihak McDonald’s akhirnya melantik beliau sebagai pemegang francais di Malaysia. Usianya ketika itu 28 tahun. Berbekalkan modal sebanyak RM250,000 beliau memegang sebanyak 51% pegangan dalam perkongsian dengan pihak McDonald’s.
I can honestly say this would not have been possible if not for my proficiency in English that allowed me to convince the people at McDonald’s that I was the right person to help introduce and grow McDonald’s in Malaysia,”
Ambil nasihat beliau, penguasaan dalam English tu penting!

Penglibatan dalam industri francais ini juga merupakan titik permulaan persahabatan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

“Saya menemui Dr Mahathir pada awal tahun 80an semasa saya terlibat dalam perniagaan francais. Dr Mahathir berminat dalam bidang itu. Dari situlah kami berkawan”

Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super KayaSumber gambar : www.malaysiakini.com

One thing lead to another…Setelah itu beliau telah berjaya mengukir lebih banyak kejayaan dalam bidang perniagaan.

Antara rantaian perniagaan yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent adalah syarikat perjudian Sports Toto (memperoleh lesen daripada kerajaan untuk menjalankan perniagaan perjudian tersebut pada tahun 1985), rangkaian francais 7-Eleven, Starbucks, Kenny Roger’s Roasters dan juga pengedar Mazda di Malaysia. Syarikat beliau juga merupakan antara pemegang saham terbesar U-Mobile.

Paling sensasi apabila beliau mengambil alih 30% saham kelab bolasepak Inggeris, Cardiff City pada tahun 2010 bernilai £6 juta.

Media sosial yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Friendster juga pernah dimiliki oleh Tan Sri Vincent (dibeli pada 2009) sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjualnya kepada Facebook dan mendapat 700,000 unit saham Facebook sebagai balasan.

Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super Kaya

Benarlah kata orang tua-tua, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu? Apa yang penting yang pernah berhenti untuk berusaha dan percaya pada kemampuan diri. Jangan biarkan orang menilai andai hanya semata-mata kerana latar belakang keluarga dan juga pendidikan.

Sumber Rujukan: The StarSyahrilKadir.com

Sumber: Majalah Labur