Lemas ‘hirup’ najis

New Delhi: Seorang pelagak ngeri remaja mati lemas akibat gas dihasilkan najis lembu selepas menerima wang untuk ditimbus hidup-hidup dalam lubang selama 24 jam.

Remaja berusia 17 tahun yang cuma dikenali sebagai Sumit itu diupah melakukan beberapa aksi lagak ngeri awal bulan ini oleh sekumpulan lelaki yang membayarnya £6 (RM33) seminggu, selain mengambil wang daripada orang ramai yang datang melihat persembahannya.

Tempat kejadian mangsa di tanam

Menurut keluarganya, remaja dari Rajasthan, utara India itu, kemudian ditawarkan bayaran tambahan 11,000 rupee (RM730) untuk dimasukkan dalam guni sebelum ditimbus dalam lubang sedalam 1.5 meter selama 24 jam pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, Sumit lemas kerana tempat dipilih adalah lokasi kilang biogas dan ‘ruang udaranya’ dikelilingi tanah yang bercampur najis lembu.

Mangsa meninggal dunia Akibat lemas

Menurut penduduk tempatan, dia ditarik dari lubang itu dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun kumpulan berkenaan tidak menghiraukannya, sebaliknya terus mengutip wang daripada orang ramai.

Sumber: Harian Metro / Daily Mail UK