Lim Guan Eng salahkan Kedah banjir lambat surut

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan Kedah sebagai punca banjir di kawasan Seberang Perai masih belum surut.

Loading...

Katanya, banjir di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sepatutnya sudah surut lebih awal, namun berlarutan kerana limpahan air dari negeri jiran itu.

Beliau berkata, banjir setinggi hampir satu meter itu menyebabkan ramai mangsa di kedua-dua daerah berkenaan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Loading...

Sumber: BH ONLINE
Oleh Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@bh.com.my

“Banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah surut, melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu (melimpah ke negeri ini) adalah faktor besar.

“Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air dibekalkan Kedah, adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air (banjir) ini juga?,” katanya ketika menyampaikan kenyataan khas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Guan Eng turut menyalahkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang didakwanya gagal memberi amalan awal kepada penduduk Pulau Pinang berhubung bencana terbabit.

“Mereka hanya mengeluarkan amaran hujan peringkat merah menerusi laman web pada jam 9.30 malam 4 November lalu, beberapa jam sebelum banjir,” katanya.

Loading...