Luar negara tahu siapa Raja bola sepak Malaysia

“KAMI tidak perlu memenangi Piala Malaysia untuk menjadi Raja bola sepak tanah air,” kata Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Alistair Edwards.

Loading...

Menurut bekas pemain import Johor itu, kejayaan Johor DT merangkul lapan piala dalam tempoh tidak sampai lima tahun sudah membuktikan reputasi kelab Harimau Selatan itu.

Loading...

“Kami mencipta sejarah demi sejarah. Kami menjadi kelab pertama dalam negara bukan saja memenangi liga untuk tiga tahun berturut-turut tetapi empat tahun berturut-turut. Kami juga melakar sejarah pada peringkat antarabangsa apabila menjadi kelab pertama dalam negara melepasi peringkat separuh akhir Piala AFC sekali gus memenangi Piala AFC.”

“Kami juga bermain sebanyak tiga kali berturut-turut di peringkat kelayakan kejohanan ACL (Liga Juara-Juara Asia) di mana tiada kelab dalam negara mampu melakukannya. Kami tidak perlu memenangi Piala Malaysia untuk menjadi Raja bola sepak tanah air,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Kenyataan Edwards itu menyusul selepas kenyataan bekas pemain Johor, Rizal Sukiman menerusi laporan Arena Metro yang menganggap pertembungan Johor DT dan Kedah di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini bukan sekadar perebutan trofi.

Sebaliknya, beliau yang bersama skuad Johor memenangi Piala Malaysia pada 1991 berkata, pertemuan juara Liga Super itu dan juara Piala FA, Kedah akan mengesahkan status pasukan Raja bola sepak Malaysia.

Edwards yang juga bekas rakan sepasukan Rizal berkata, kejayaan Johor DT turut diiktiraf di luar negara bukan hanya berdasarkan koleksi trofi dimiliki.

Dengan projek yang kami lakukan dan kejayaan di dalam dan luar padang, ia membuktikan kepada dunia luar yang lebih memberi pengiktirafan kepada kami berbanding di dalam negara sendiri.

“Jadi, kami tidak perlu membuktikan siapa Raja bola sepak tanah air kerana negara-negara dan pihak-pihak luar tahu siapa Raja bola sepak tanah air yang sebenar,” katanya. WOW

Sumber: Harian Metro / JST

Loading...