‘Mak pergi atas riba saya’

“JANGAN tutup muka mak…mak tak mati! mak tak mati. Cepat bawa mak naik ambulans, hantar hospital,” kata Noor Mas Idayu Noor Azman, 21.

Loading...

Noor Mas Idayu berkata demikian sebaik melihat jasad ibunya, Allahyarham Marizun Ismail, 48, hendak ditutup dengan kain oleh anggota paramedik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Suaranya itu mengejutkan orang ramai yang kemudian memujuknya dan menenangkannya di lokasi kejadian.

Loading...

Tambah memilukan, dua lagi anak arwah, Mohamad Allf Nasrullah, 14, dan Aidid Mustaqim, 12, yang tiba kemudian terus memeluk dan mencium jasad ibu mereka di lokasi kemalangan di Jalan Pinang Tunggal, dekat Taman Seraya, Sungai Petani.

Tiga beradik itu kemudiannya saling berpelukan dan menangis sebaik jenazah ibu mereka yang maut terjatuh daripada motosikal diangkat anggota polis.

Marizun yang juga ibu tunggal empat anak maut selepas terjatuh dari motosikalnya ketika hendak kembali ke kedai makannya di Taman Kempas, pada 11.30 pagi.

Arwah dikatakan baru selesai mendaftar nama anaknya, Aidid Mustaqim, untuk sesi persekolahan 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal (SMKPT).

Bagaimanapun, arwah terjatuh daripada motosikalnya sejurus berada kira-kira 100 meter dari pintu pagar sekolah itu.

Anggota APM yang tiba cuba memberi rawatan kecemasan namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Noor Mas Idayu berkata, dia terkejut diberitahu emaknya meninggal dunia kemalangan apabila dihubungi rakannya, pada 11.40 pagi.

“Saya macam tidak percaya mak dah tiada sebaik melihat anggota paramedik APM menutup tubuhnya dengan kain. Saya tidak dapat terima pada mulanya kerana kami bersama di kedai, pada sebelah pagi.

“Mak tak sakit apapun. Saya pun tidak tahu mengapa dia jatuh daripada motosikal.

“Sebelum itu, mak minta saya jagakan kedai sebab hendak daftar nama Aidid Mustaqim yang akan bersekolah di SMK Pinang Tunggal.

“Mak pergi atas riba saya dan amat sedih apatah lagi kami akan buat kenduri perkahwinan saya, awal Disember ini.

“Mak juga yang bersusah payah membesarkan saya, kakak dan dua adik-beradik lain selepas berpisah dengan ayah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro

Loading...