Mereka yang memberikan komen negatif pun belum tentu mempunyai pendidikan dan ilmu yang tinggi dalam bidang ini-Ahmad Idham

“Maafkan sahaja mereka. Bukan semua orang faham industri kreatif dan mahir tentang permainannya. Mereka yang memberikan komen negatif pun belum tentu mempunyai pendidikan dan ilmu yang tinggi dalam bidang ini.

Loading...

Jadi biarlah mereka nak kata apa pun asalkan saya tahu apa yang patut dilakukan,” ungkap Ahmad Idham menyusun kata-kata.

Mereka yang memberikan komen negatif pun belum tentu mempunyai pendidikan dan ilmu yang tinggi dalam bidang ini-Ahmad Idham

Loading...

Ya, seperti yang diketahui ramai nama pengarah ini sedikit panas sejak akhir-akhir ini. Semuanya gara-gara kutipan filem Pencuri Hati Mr. Cinderella hanya mampu mengutip RM18,000 di panggung sepanjang ditayangkan dan itu juga yang membuatkan banyak komen negatif yang menghentam dirinya.

Ada yang berpendapat zamannya sudah berlalu dan tak kurang juga yang mempertikaikan alasan ekonomi negara tidak menentu sebagai perkara yang tak seharusnya dijadikan alasan.

Idham tidak berkecil hati dengan segala tohmahan. Baginya apa mereka yang memberikan komen bukan kurang memahami industri kreatif dan hanya pandai memberikan komen berdasarkan kutipan di panggung semata-mata.

“Sejak awal lagi saya sudah mengetahui risiko membawa filem ini ke panggung. Tapi perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana dalam industri kreatif, ada try and error. Tak menjadi masalah besar pun sebenarnya jika filem ini tak mencapai kutipan yang banyak di panggung.

“Untuk pasaran filem, masih ada beberapa platform lain seperti Astro First dan filem tersebut juga boleh dijual ke stesen televisyen. Itu belum dikira platform media baharu yang lain serta jualan kepada negara lain seperti Brunei dan Singapura. Jadi tak kutipan dari situ juga akan memberikan pendapatan kepada penerbit. Sebab itu saya kata, orang yang komen dan menghentam tiada ilmu pengetahuan tentang itu. Mereka hanya tahu nak membantai sahaja!” kata Idham memberikan penjelasan.

Antara Filem Hasil Pengarah Berilmu Tinggi Ini

Pun begitu dia tetap berbangga dengan pujian yang diterima daripada ramai individu yang sudah menonton filem lakonan Datuk Eizlan Yusuf, Atikah Suhaime, Faye Kusyairy, Hairul Azreen dan Cat Farish ini memandangkan rata-rata mereka memberikan komentar positif tentang penceritaan.

Tentu sekali sebagai tulang belakang kepada filem ini, Idham berpuas hati memandangkan kandungan Pencuri Hati Mr. Cinderella tidak klise, diberi nafas baharu dan boleh diterima ramai walaupun tidak mendapat kutipan yang memberangsangkan di panggung.

“Sebagai pembikin filem, saya sudah tahu bagaimana permainan industri. Kalau saya tidak mencabar diri untuk memberikan kelainan dalam karya, bagaimana mahu berdaya saing? Sebab itu saya tak pernah anggap Pencuri Hati Mr. Cinderella sebagai satu kegagalan sebaliknya adalah satu pelajaran baharu.

“Apa-apa pun, ini menambahkan lagi semangat saya untuk menghasilkan filem yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya yang bakal mengarahkan filem Hantu Wangan yang memperta­ruhkan Achey Kintang Kintung sebagai teraju utama.

Sumber: Utusan Online

Loading...