Penyelam Ini Tidak Faham Apa Yang Anjing Laut Ini Mahu, Apa Yang Berlaku Seterusnya Membuatkan Semua Ketawa

Berinteraksi dengan haiwan liar secara dekat selalunya amat mengujakan.

Inilah yang di alami oleh seorang penyelam Gary Grayson, yang berinteraksi dengan seekor anjing laut kelabu di habitat semulajadinya.

Dalam rakaman ini, anjing laut tersebut tidak pun berasa takut dengan kehadiran Gary, malahan membuat satu aksi yang pasti membuatkan anda semua tersenyum dan ketawa.

Kejadian ini berlaku apabila Gary melakukan aktiviti skuba di perairan Scilly England. Beliau terserempak dengan 2 ekor anjing laut kelabu. Seekor anjing laut itu kelihatan malu-malu manakala yang seekor lagi tidak langsung takut dengan kehadiran Gary.

Anjing laut ini berenang menghampiri Gary dan mendekatkan hidungnya dengan hidung Gary.

Sumber: We Love Animal