Petrol turun, diesel naik

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen, manakala diesel naik dua sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.

Loading...

Penurunan baharu menjadikan harga RON95 bermula jam 12.01 tengan malam ini ialah RM2.16 seliter berbanding RM2.19 seliter, manakala RON97 ialah RM2.46 berbanding RM2.49 sebelum ini.

Menurut laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga baharu diesel pula ialah RM2.12 berbanding RM2.10 sebelum ini.

Loading...

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 28 September 2017 hingga 4 Oktober 2017.

Sumber: BH ONLINE

Loading...