Polis klasifikasikan kes 2 anggota TLDM kematian mengejut

IPOH : Polis mengklasifikasikan kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini semalam, sebagai kematian mengejut (SDR).

Loading...

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil siasatan awal, polis menyifatkannya sebagai SDR sementara menunggu keputusan laporan bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Datuk Gan Tian

Kedua-dua mangsa, Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28 dan Muhammad LailatuIman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia petang semalam di unit berkenaan.

Loading...

Tian Kee berkata pihaknya menerima laporan berhubung kematian dua mangsa petang semalam.

“Bedah siasat masih dijalankan dan kita masih menunggu hasil bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi BH malam ini.

Tian Kee berkata, kedua-dua mangsa bukan rakan atau kenalan serta bertugas di unit berbeza di Pangkalan TLDM Lumut serta ditahan di Pusat Komunikasi Sungai Wangi, Sitiawan.

“Kedua-dua anggota menjalani latihan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dirujuk di pusat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berusia 28 tahun dikenakan hukuman selama 45 hari bermula Rabu lalu atas kesalahan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan yang bertentangan dengan Seksyen 58 Angkatan Tentera 1972.

Katanya, polis juga menyiasat mangsa disyaki terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah dan masih menunggu laporan kimia.

“Kesalahan mangsa berusia 26 tahun pula (Muhammad LailatuIman) disebabkan tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti.

“Mangsa ditempatkan di bilik tahanan berkenaan sementara sebelum cadangan dihantar ke Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: BH ONLINE

Anggota TLDM mati dalam bilik tahanan

IPOH: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia semalam di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, menurut kenyataan TLDM hari ini.

Mereka yang terlibat dalam kejadian sekitar 3.15 petang Jumaat itu ialah LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.

Kedua-dua mereka sebelum kejadian itu telah menjalani latihan fizikal mengikut prosedur tetap (SOP) yang telah ditentukan.

“Mereka telah mengadu kepenatan ketika menjalani latihan tersebut dan seterusnya mereka telah direhatkan serta dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.

“Kedua-dua anggota mengalami muntah, keletihan dan sesak nafas. Mereka telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan telah dibuat.

“Kedua-dua anggota telah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada jam kurang 3.15 petang,” kata TLDM dalam kenyataan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal doktor ke atas kedua-dua anggota itu tidak menemui sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian itu,” katanya.

Ia menegaskan, punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis dan pihak TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam hal itu.

Selain itu, katanya, TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatannya sendiri untuk meneliti prosedur kerja sedia ada dan jika wujud sebarang pelanggaran terhadap SOP tersebut.

“TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi mereka yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Loading...