Pukul isteri sampai mati…

POLIS mencari seorang suami yang memukul isterinya sehingga mati di Teluk Pulai, Klang Sabtu lalu.

Loading...

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata suspek berusia 43 tahun itu melarikan diri selepas isterinya yang berusia 47 tahun meninggal dunia di hospital, 9.40 pagi hari ini…

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada anak angkat mangsa berusia 36 tahun.

Loading...

“Pengadu memaklumkan emak angkatnya kerap dipukul suaminya sejak Mei lalu…

“Mangsa takut menceritakan hal ini kepada keluarga kerana suami mengugut mahu membunuhnya,” katanya di sini hari ini…

Beliau berkata, pada Sabtu lalu pengadu membawa ibu angkatnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berikutan mangsa cedera teruk sehingga tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa yang mendapatkan rawatan lanjut di wad meninggal dunia 9.40 pagi tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan teruk di kepala.

“Suspek sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya.

Shamsul Amar berkata, siasatan awal mendapati suspek menganggap isterinya mahu meminta cerai.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Loading...