‘Saya akur titah Tuanku Sultan Johor

Pemilik kedai dobi yang mencetuskan kontroversi berhubung tindakannya meletakkan papan tanda untuk Muslim di Muar akur titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Loading...

Pemilik kedai dobi berkenaan menyatakan kesungguhannya itu dengan menarik semula papan berkenaan.

“Saya akur dengan titah tuanku (Sultan Ibrahim) dan sudah menarik semula papan terbabit,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Loading...

Sementara itu, Sultan Johor menerusi laporan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris dilapor murka serta menitahkan supaya kedai dobi hanya untuk Muslim di Muar supaya segera menghentikan amalan diskriminasi atau baginda sendiri akan menutup perniagaannya.

Baginda dilapor turut menitahkan pengerusi jawatankuasa hal ehwal Islam, Abdul Mutalib Abd Rahim, Majlis Agama dan Majlis Daerah untuk menyiasat perkara itu.

Isu berkaitan dobi berkenaan menjadi tular minggu lalu apabila ia dikhaskan kepada pelanggan Islam saja.

Berdasarkan gambar yang tular di laman sosial, tertera perkataan Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja dan Kasut Sila Tanggalkan Di Luar pada papan tanda terbabit.

Sumber: Harian Metro

Loading...