Sedarlah bahawa kamu semua hidup di dalam zaman tanpa simpati. Tiada siapa peduli kau hidup atau mati

Loading...

Perkongsian di laman Facebook oleh Zeeda Aziz

15 tahun menjadi jurutera di sebuah syarikat ternama, dengan gaji purata RM40K sebulan. Tiba-tiba datang tiupan kencang krisis ekonomi, syarikat beri notis 24jam tanpa penjelasan. Balik kampung jual Char Koey Teow. Ini kisah benar. Bukan made-up story.

Loading...

20 tahun menjadi pilot bersama syarikat penerbangan milik negara, secepat 24jam notis dia diberhentikan. Dari bawa kapal terbang, turun ke bumi bawa kereta panggilan.

Ini juga kisah benar. Bukan made-up story.

Tapi Malaysia masih aman, kan?

Ya. Dari segi sosialnya. Kita belum ada genocide. Belum ada balingan bom ke hospital atau kawasan awam. Tetapi dari segi ekonominya tidak lagi.

Yang bekerja makan gaji dipaksa berhenti walaupun sudah mencapai tahap senioriti.
Yang berniaga di kaki jalan diterbalikkan meja, dilontar barang jualan ke longkang oleh pihak autoriti.
Penerima bantuan zakat dibatalkan akaun kerana orang atasan sauk masuk poket sendiri.

Inilah yang saya pesan pada adik² yang baru nak up tempoh hari. Sedarlah bahawa kamu semua hidup di dalam zaman tanpa simpati. Tiada siapa peduli kau hidup atau mati. Hutang keliling pinggang menanti.

 

P/S: Tu la kita kena sentiasa ingat….hidup ini ibarat roda kadang di atas kadang di bawah…Bersyukur dgn apa yg kita ada…. Banyakkan memberi, jangan banyak meminta….

Loading...