TPM umum dana RM500,000 kepada PPIM

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bantuan dana sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)..

Loading...

Ahmad Hamidi menerusi ucapannya di Forum Pengguna Islam Malaysia ke-7 2017, dana tersebut disumbangkan bagi membantu menggerakkan PPIM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat..

Loading...

Dengan ini, saya mengumumkan bantuan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.

“Saya bukan hanya tahu cakap, kemudian lupa. Janji yang saya buat, saya tepati. Ambil duit minggu depan,” katanya sambil berseloroh.

Menurut Ahmad Zahid lagi, selepas ini, PPIM perlu tampil setiap minggu melaporkan apa jua aktiviti persatuan tersebut kepadanya.

“Janganlah buat baju pula. Sudah dapat dana, perlu jalankan aktiviti dan laporkan kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Usul resolusi yang dibawa oleh PPIM harus dilaksanakan. Di luar sana, ramai yang masih harapkan kita,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Loading...