[ VIDEO ] Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Parah Di Baham Anjing

Kanak-kanak perempuan parah digigit anjing di depan rumah kedai di Taman Banang Height, Batu Pahat, kelmarin.

Loading...

Ainin Syuhadah Syahrul Nizam, dua tahun, parah di kepala dalam kejadian yang turut membabitkan ibu, kakak dan bapa saudaranya ketika menaiki motosikal.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di laman sosial, motosikal yang dinaiki mereka terbabas dipercayai cuba mengelak lori yang sedang memunggah barang.

Loading...

Dalam rakaman lebih seminit itu, motosikal mereka merempuh pintu kedai dan dipercayai anjing berkenaan yang diikat di depan premis terus menerkam mangsa.

Rakaman terbabit turut memaparkan orang ramai cuba membantu melepaskan kanak-kanak berkenaan yang dibaham anjing.

Difahamkan, ibu dan kakak kanak-kanak terbabit serta bapa saudaranya tidak mengalami kecederaan serius dan Ainin Syuhadah kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

 

 

Loading...