[ Video ] Kemalangan Dasyat Hanya Kerana Mahu Membalas Tendangan Penunggang Motosikal

Seorang pemandu berjaya merakam satu kejadian persengketaan jalan raya melibatkan seorang penunggang motosikal dengan seorang pemandu kereta yang telah menyebabkan terjadinya rantaian kemalangan jalan raya lain yang dasyat.

Kejadian berlaku pada pukul 6 pagi waktu tempatan di lebuhraya 14 berhampiran Newhall di Santa Clarita, California menurut laporan dariĀ KNBC.

Saksi kejadian Chris Traber berkata insiden bermula apabila kereta kelabu itu memotong motosikal tersebut dengan tiba-tiba.

Rakaman video kemudiannya menunjukkan penunggang motosikal terbabit menendang bahagian tepi kereta Itu. Pemandu kereta cuba untuk melanggar motosikal Itu semula.

Saksikan Video rakaman kejadian berikut;

 

Sumber: NBC4