[ VIDEO ] Polis Rejam Guna Buah Epal

Lima anggota polis disiasat selepas satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mereka merejam sekumpulan pencuri dengan epal.

Cape Town, Afrika Selatan: Lima anggota polis disiasat selepas satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mereka merejam sekumpulan pencuri dengan epal.

Beberapa anggota polis kemudiannya dilihat mengambil beberapa epal yang dirampas daripada kumpulan pencuri itu dan terus merejam mereka dengan buah berkenaan.

Lelaki itu dilihat cuba melindungi diri dan menjerit kesakitan apabila epal berkenaan yang dibaling mengenai tubuh mereka.

Anggota polis itu dilihat membaling epal berkenaan sekuat hati dan mengenai bahagian belakang, kepala serta kaki pencuri itu.

Sumber: Harian Metro