[ VIDEO ] Pusat tahfiz terbakar, 24 terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

Loading...

Sekurang-kurangnya 20 pelajar tahfiz sempat terjun menyelamatkan diri dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, subuh hari ini.

Mereka dikatakan terjun melalui tingkap dari tingkat 2 bangunan berkenaan.

Loading...

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada 5.45 pagi.
[ VIDEO ] Pusat tahfiz terbakar, 24 terkorban
PAPAN kenyataan mengenai mangsa yang terbabit dalam kebakaran. FOTO Kalidevi Mogan

Bagaimanapun, katanya, api dipercayai bermula dari tingkat atas pisat tahfiz berkenaan, antara 5.15 dan 5.20 pagi.

Katanya, kebakaran berlaku di mana tempat sebahagian pelajar dan ustaz sedang tidur.

Pada masa ini mayat semua mangsa masih berada di lokasi kejadian.

Unit Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

Sementara itu, beberapa klip video mengenai kejadian berkenaan mula tular di media sosial yang memaparkan kebakaran ketika azan subuh amat jelas berkumandang

KUALA LUMPUR: Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian

DUA puluh dua pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, disahkan terkorban.

Berita sedih itu disampaikan kepada media oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


[ VIDEO ] Pusat tahfiz terbakar, 24 terkorban

[ VIDEO ] Pusat tahfiz terbakar, 24 terkorban

[ VIDEO ] Pusat tahfiz terbakar, 24 terkorban
Sumber: BH ONLINE

Loading...