[VIDEO] TMJ SOUND SAFIQ RAHIM “JANGAN CAKAP PUNDEK PUNDEK”..!

Tonton Video TMJ Perli Safiq Rahim Dibawah

Loading...

TMJ dedikasi Piala Malaysia buat ‘Bapa Bola Sepak Johor’

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi malam tadi kepada Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor.

Loading...

Suleiman yang dianggap sebagai ‘Bapa Bola Sepak Johor’ adalah bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan beliau meninggal dunia pada 7 Ogos lalu.

Tunku Ismail menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers berkata, walaupun Piala Malaysia bukanlah keutamaan JDT, tetapi ia satu pencapaian yang ingin ditujukan kepada Suleiman sebagai mengenang jasanya kepada bola sepak Johor.

“Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada tapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

“Saya dedikasikan piala ini kepada Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor, individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun lalu.

“Sejak saya mengambil alih era bola sepak Johor yang baru, saya berjanji kepada beliau yang saya akan mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri Johor,” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), hari ini.

JDT mengesahkan kejuaraan sulung Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi selepas menundukkan juara bertahan Kedah 2-0.

Menerusi kenyataan sama, TMJ turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong, pemain, pegawai dan pengurusan JDT atas kejayaan itu.

Sumber : Berita Harian

Sumber: Muahciked

Loading...