[ VIDEO ] Wanita Maut Kepala Yang Di Keluarkan Dari Tingkap Kereta Terlanggar Tiang Lampu

REPUBLIK DOMINICA – Seorang wanita Rusia maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika sedang duduk bergayut di tingkap kereta di bahagian penumpang hadapan, semasa rakannya sedang memandu serta merakam gelagatnya, lapor Daily Mail.

Loading...

Mangsa, Natalia Borodina, 35, ibu kepada seorang anak, berasal dari Moscow, sebelum itu telah menanggalkan pakaian bikininya dan duduk di tingkap kereta sambil dirakam oleh rakannya.

Loading...

Video viral itu menunjukkan mangsa separuh bogel itu kelihatan sedang ‘beraksi’ sebelum merempuh tiang lampu Jalan .

Difahamkan video itu dirakam di lebuh raya berdekatan Punta Cana, di Republik Dominica, yang dirakam sendiri orang rakannya, Ivanna Boirachuk, 32, yang juga memandu kereta tersebut.

Lapor media Rusia, mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggalkan dunia kerana mengalami kecederaan yang serius.

Sementara itu, netizen di media sosial menyalahkan Ivanna kerana tidak fokus pada pemanduannya sehingga menyebabkan mangsa merempuh tiang lampu jalan tersebut.

Selain itu, netizen juga turut mengecam tindakan mangsa yang dilihat sengaja membahayakan diri sehingga menyebabkan dirinya maut, sekaligus menyebabkan anaknya kehilangan ibu.

Sumber: The Reporter / Daily Mail UK

Loading...