Wanita Cuba Cium Dan Peluk Sultan Johor Ditahan Polis

Wanita Cuba Cium Dan Peluk Sultan Johor Ditahan Polis

Seorang gadis cuba mencium pipi Sultan Johor ketika program Kembara Mahkota Johor 2017 baru-baru ini terpaksa ditahan polis.

Kejadian berlaku ketika Sultan Ibrahim sedang bersalaman dengan rakyat jelata di hadapan Restoran Marrybrown berdekatan Taman Medan Putra, Air Hitam.

Memetik sumber dari Mynewshub, gadis tersebut dikenali sebagai Nadiah Amirah Jamil memeluk bahu kanan sebelum mencium pipi kanan baginda.

Tindakan gadis tersebut menyebabkan tiga anggota polis bertindak menahan gadis tersebut. Berlaku sedikit kekecohan apabila gadis tersebut enggan memberikan kerjasama sehingga berlaku pergelutan.

Wanita Cuba Cium Dan Peluk Sultan Johor Ditahan Polis

Pergelutan tersebut menyebabkan kecederaan kecil di bahagian bibir suspek. Gadis tersebut membuat bising sehingga suasana menjadi tegang apabila gadis tersebut menjerit-jerit ketika majlis berlangsung.

Siasatan awal dari pihak polis menunjukkan Nadiah mengalami gangguan emosi semenjak tahun 2007 kerana dikatakan gagal mendapat keputusan 19A namun hanya memperoleh 18A 1B.

Menurut sumber, gadis tersebut juga pernah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam Darul Syifa kerana mengalami gangguan sihir. Ahli keluarga¬† gadis berkenaan berkata Nadiah mengalami gangguan emosi sehingga mahu mengahwini Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman. –www.kakishare.tv